- Teks Asal – Noor Fatihah Az-Zuannie
Dalam era digital yang semakin maju ini, internet telah menjadi salah satu perkara asas dalam kehidupan seharian. Hampir semua aspek dalam kehidupan memerlukan sambungan internet yang pantas, termasuklah dalam melakukan tugasan dan hiburan harian. Oleh itu, tidak hairan sekiranya ramai orang beralih kepada langganan internet fiber yang mana kebiasaannya internet fiber mampu menawarkan sambungan internet yang lebih laju kepada pengguna.
Namun begitu, bukan semua boleh menikmati internet fiber kerana timbulnya masalah seperti ketiadaan sambungan port di kawasan rumah. Ini sekaligus menyebabkan anda perlu menunggu lama untuk dapatkan slot bagi proses pemasangan internet. Selain itu, ada juga diantara kita yang perlu membatalkan niat untuk melanggan internet fiber, hanya kerana keperluan kontrak yang lama, remeh dan tidak jelas untuk diikuti. Oleh itu, alternatif lain yang boleh anda pertimbangkan adalah dengan melanggan pelan jalur lebar nirwayar 5G, yang mempunyai kelebihan yang setaraf dengan internet fiber – seperti penawaran terbaharu U Mobile, pelan jalur lebar U Home 5G.
Kenapa Anda Perlu Melanggan Internet Rumah 5G Melalui Pelan U Home 5G?
1. Tiada Syarat Kontrak Yang Rumit
Sekiranya anda tertanya tanya apa yang unik dengan penawaran terbaharu dari U Mobile ini, perkara utama yang menjadikan pelan U Home 5G lebih berbeza adalah ia merupakan pelan jalur lebar pertama di Malaysia yang tidak mempunyai sebarang kontrak. Dengan kata lain, anda tidak lagi terikat dengan syarat kontrak yang rumit dan lama. Ini sekaligus memberikan anda lebih fleksibiliti apabila melanggan.
2. Pemasangan Lebih Mudah Dan Pantas
Kelebihan lain yang dapat dirasai menerusi pelan ini adalah fleksibiliti dalam cara penggunaan. Ini kerana bagi setiap langganan pelan ini, anda akan menerima kad SIM dan boleh padankannya dengan penghala yang sesuai. Pihak U Mobile juga ada mencadangkan beberapa penghala yang bagus untuk digunakan bersama kad SIM pelan ini di laman rasmi mereka. Jadi, anda tidak perlu melalui sebarang proses pemasangan yang rumit dan renyah seperti perlu menebuk dinding bagi melakukan pemasangan kabel atau menunggu wakil syarikat telekomunikasi datang ke rumah untuk membuat pemasangan. Bukan itu sahaja, apabila jalur lebar anda bersifat mudah alih dan nirwayar, anda tidak lagi memerlukan kabel penghala yang berserabut.
3. Harga Berbaloi Untuk Internet Berkelajuan Ala Fiber
Melalui pelan U Home 5G, anda boleh mendapatkan sambungan internet 5G dengan harga promosi RM68 sebulan, dimana ia dilihat sebagai penawaran yang cukup berbaloi berbanding pesaing pesaingnya. Ini kerana, dengan harga ini, anda boleh menikmati sambungan internet 5G tanpa had, dengan jaminan kelajuan internet 5G sekurang kurangnya 100Mbps seperti apa yang ditetapkan oleh Digital Nasional Berhad.
Lebih menarik lagi, untuk tempoh pengenalan, U Mobile menawarkan pelan U Home 5G ini pada harga RM68 sebulan sepanjang hayat, khusus bagi mereka yang mendaftar dalam tempoh promosi, sekaligus memberikan anda penjimatan berganda. Namun, perlu diingatkan juga bahawa pelan U Home 5G merupakan pelan perkhidmatan internet sahaja, dan tidak merangkumi panggilan, panggilan video mahupun SMS.
Bagaimana Cara Untuk Anda Melanggan?
Sekiranya anda berminat untuk melanggan dan merasai kemudahan internet 5G di rumah, pelan ini terbuka untuk langganan semua. Ini termasuklah pengguna pelan Ultra Unlimited Wireless Broadband, dimana anda boleh menukar pelan sedia ada kepada pelan U Home 5G dengan mudah. Namun, sekiranya anda pengguna pelan pascabayar yang ingin melanggan pelan U Home 5G, anda perlulah terlebih dahulu melakukan pendaftaran baharu seperti biasa.
Kesimpulan
Secara ringkasnya, penawaran U Home 5G dari U Mobile ini sedikit sebanyak membolehkan anda merasai kelajuan 5G di rumah dengan lebih tenang, tanpa sebarang kerumitan dalam memikirkan syarat kontrak dan hal pemasangan. Dengan harga promosi RM68 sebulan sepanjang hayat, anda boleh menikmati pengalaman penggunaan 5G yang lebih memuaskan. Jadi apa tunggu lagi? Langgan pelan ini menerusi kedai atas talian U Mobile, atau kunjungi kedai U Mobile di seluruh negara sekarang juga untuk dapatkan harga pelan internet rumah 5G pada harga promosi sepanjang hayat.
Penafian : Advertorial daripada U Mobile