Carian
Fahmi Fadzil Sebahagian Dari Kumpulan Uji-kaji Rangkaian 5G Maxis – Memperlihatkan Kadar Muat-turun 692Mbps
July 13, 2023 Nazrin

Maxis merupakan satu-satunya syarikat telekomunikasi gergasi di Malaysia yang masih belum memperlihatkan pelan rangkaian 5G mereka sendiri, dan sedang sangat senyap mengenainya.

Sewaktu kempen Jelajah Madani Pakatan Harapan dan Barisan Nasional di Kampung Bukit Belimbing, Tanjung Karang, Menteri Komunikasi dan Multimedia Fahmi Fadzil telah memperlihatkan skor penanda-aras SpeedTest.net yang memperlihatkan kelajuan muat-turun sepantas 692Mbps dan kelajuan muat-naik 62.2Mbps di kawasan tersebut.

Apa yang menarik ialah perkhidmatan telekomunikasi yang digunakan oleh beliau ialah Maxis 5G, dan seperti yang kami katakan sebelum ini, mereka masih belum hadir dengan penawaran 5G mereka.

The Star LifestyleTech telah mengesahkan dengan bertanya kepada pihak Fahmi Fadzil, dan melaporkan bahawa beliau merupakan sebahagian daripada kumpulan uji-kaji rangkaian 5G syarikat telekomunikasi tersebut. Sayangnya, buat masa ini ia masih tidak diketahui lagi samada Maxis menggunakan rangkaian 5G yang dibangunkan oleh DNB, ataupun infrastruktur rangkaian mereka sendiri.

Apa-apa pun, Maxis nampaknya sedang dalam persiapan untuk memperkenalkan rangkaian 5G mereka, dan jika benar ia kini boleh dimanfaatkan di kawasan-kawasan seperti Tanjung Karang, kebarangkaliannya ialah mereka sudah bersedia untuk menskalakan perkhidmatan tersebut di lebih banyak kawasan lagi.

Komen