Microsoft memperkenalkan muka taip Calibri lima belas tahun yang lalu menggantikan Arial sebagai muka taif lalai produk mereka. Masa sudah banyak berlalu dan keperluan untuk muka taip baharu yang lebih serasi dengan skrin moden perlu dilakukan. Hari ini Microsoft mengumumkan keluarga muka taip baharu Aptos yang menggantikan Calibri pada perisian Microsoft 365.
Sebelum ini Microsoft menguji lima muka taip baharu Bierstadt, Grandview, Seaford, Skeena, dan Tenorite. Berdasarkan maklum balas pengguna, Bierstadt adalah pilihan ramai dan ia kini secara rasmi menggunakan nama rasmi Aptos.
Aptos kini menjadi muka taip lalai rasmi pada perisian Word, Outlook, PowerPoint dan Excel. Pemilihan muka taip baharu ini dilakukan bagi memenuhi keperluan peranti dengan skrin beresolusi lebih tinggi maka ketajaman, keseragaman dan boleh digunakan pada pelbagai jenis skrin adalah perlu. Bagi peminat Calibri mereka tidak perlu risau kerana muka taip ini masih lagi boleh diipilijh menerusi menu dalam perisian.