Vivo Y27 4G Ditawarkan Di Malaysia Dengan Harga Jualan RM699
Amy Maizuraa
Vivo kini hadir dengan penawaran baharu menerusi Y27 4G yang dijual dengan harga RM699. Anda yang berminat boleh mendapatkannya secara eksklusif menerusi kedai konsep rasmi Vivo di seluruh Malaysia bermula sekarang. Ia juga boleh didapati dalam dua pilihan warna iaitu Sea Blue dan Burgundy Black.

Vivo Y27 dilengkapi dengan skrin 6.64″ LCD dengan resolusi FHD+. Ini digabungkan lagi dengan cip MediaTek Helio G85, memori 6GB RAM dan storan dalaman 128GB untuk tunjang utama peranti. Kapasiti bateri pula sebesar 5000mAh yang juga menyokong sistem pengecasan pantas 44W.

Peranti juga memuatkan sistem dwi-kamera 50MP + 2MP di belakang dan kamera swafoto 8MP. Lain-lain spesifikasi termasuklah sambungan bluetooth 5.0, USB-C dan menjalankan FunTouch OS 13 yang dibina berasaskan Android 13.