PMX : Tesla Akan Buka Ibu Pejabat Di Selangor Pada Tahun Ini
Aman
Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini telah mengadakan pertemuan secara maya bersama Elon Musk, sekaligus membincangkan beberapa perkara melibatkan Tesla dan SpaceX untuk pasaran Malaysia. Menurut Perdana Menteri, Malaysia mengalu-alukan keputusan pelaburan Tesla di Malaysia.

Selari dengannya, Tesla akan membuka ibu pejabat di Selangor pada tahun ini. Disamping itu, Pusat Servis dan Pusat Pengalaman Tesla turut akan dibuka di Selangor pada tahun ini.
Malaysia mengalu-alukan penyertaan Tesla ke pasaran Malaysia, selari dengan komitmen Malaysia ke arah karbon sifar bersih menjelang 2050 kelak.
Disamping itu, Perdana Menteri turut berbincang dengan penawaran perkhidmatan internet melalui satelit dibawah Starlink untuk pasaran tempatan, yang akan menguntungkan kawasan pedalaman.
[sumber]Anwar Ibrahim[/sumber]