Carian
Nothing Phone (2) Kini Rasmi Di Malaysia – Harga Bermula RM2999
July 14, 2023 Fahim Zahar

Nothing Phone (2) kini secara rasmi ditawarkan di Malaysia beberapa selepas ia dilancarkan ke preringkat global. Phone (2) hadir dengan skrin 6.7″ OLED LTPO FHD+ 120Hz, dijana cip Snapdragon 8+ Gen 1, memori 12GB RAM, storan sehingga 512GB dan bateri sebesar 4700 mAh dengan sokongan pengecasan 45W.

Di belakang Nothing mengekalkan konfigurasi dwi-kamera, cuma kini dengan sensor 50MP Sony IMX890 + 50MP Samsung JN1 dan kamera swafoto pula 32MP. Nothing mengekalkan penggunan sistem dwi-kamera di belakang yang terdiri daripada sensor sudut lebar dan ultra sudut lebar sahaja.

Lampu di panel belakang dikemaskini pula dengan 33 zon pencahayaan. Sistem operasi yang digunakan pula adalah Nothing OS 2.0 berasaskan Android 13 yang hadir dengan elemen antaramuka yang aneh jika dibandingkan dengan Android asas.

Di Malaysia Nothing Phone (2) ditawarkan iaitu pada harga RM2,999 untuk versi 12/256GB dan RM3499 untuk versi 12/512GB dalam pilihan warna putih serta kelabu. Jualan terhad bermula esok 15 Julai di Crossover, Mid Valley dan jualan umum pula pada 22 Julai.

Komen