Nubia Neo telah dilancarkan secara rasmi pada Jun yang lalu dan kini mula ditawarkan di Malaysia pula. Ia merupakan peranti kelas pertengahan yang dijana dengan cip Unisoc T820 sebagai tunjang utama peranti yang turut menyediakan sokongan 5G terbina.
Ini digabungkan lagi dengan pilihan memori 8GB RAM, RAM maya sehingga 10GB dan storan dalaman 256GB. Kapasiti bateri pula sebesar 4500mAh yang menyokong sistem pengecasan pantas 22.5W. Selain turut memuatkan kamera utama 50MP + 2MP di belakang dan kamera swafoto sebesar 8MP.
Lain-lain spesifikasi termasuklah imbasan cap jari sisi, port USB-C, bicu audio 3.5mm dan pembesar suara dengan DTS:X Ultra. Kesemua ciri dan fungsi ini telah dimuatkan ke dalam sebuah peranti dengan skrin sebesar 6.6″ FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz.
Anda yang berminat boleh mendapatkannya dengan harga RM899 sebuah. Menariknya apabila ia turut boleh dibeli dengan harga lebih murah RM829 untuk masa terhad, yang kemudiannya disertakan dengan hadiah percuma berupa Red Magic Turbo Cooler (bernilai RM269) yang diberikan percuma. Promosi bagaimanapun terhad kepada 50 pembeli terawal sehingga 23 Julai 2023.