Twitter Akan Membolehkan Pengguna Mengisih Paparan Tweet Pada Bahagian Balasan
Aman
Twitter dibawah Elon Musk agak aktif dalam pembangunan dan bereksperimen dengan pelbagai perkara baharu. Terkini, Twitter dilihat sedang membangunkan sebuah antaramuka khas yang membolehkan pengguna mengisih paparan balasan Tweet mengikut citarasa pengguna.

Melaluinya, ia dilihat mengambil inspirasi dari bahagian komen Facebook, dimana pengguna boleh paparkan Tweet mengikut “Top” dan sebagainya. Pilihan penuh untuk pembahagian paparan tidak dinyatakan buat masa ini.
Langkah ini juga dilihat selari dengan komen Elon Musk sebelum ini yang menyatakan akan mengutamakan paparan tweet oleh pengguna Twitter Blue di bahagian balasan sesuatu Tweet.
Bagi anda, apakah pendapat anda berkenaan paparan baharu ini?