Elon Musk kini mengatakan aliran tunai Twitter masih kekal negatif buat masa ini, apatah lagi disebabkan oleh kejatuhan pendapatan iklan hampir 50%. Selain itu, ia juga disebabkan oleh hutang tinggi yang ditanggung oleh Twitter.
Perkongsian baharu oleh Elon Musk ini mungkin tidak mengejutkan ramai pihak, memandangkan perkara tersebut sedia dijangka. Elon Musk sendiri sebelum ini telah melantik CEO baharu dalam meningkatkan pendapatan pengiklanan untuk syarikat media sosial tersebut, disamping pada masa yang sama meningkatkan pendapatan pengiklanan.
Pada minggu ini juga, Twitter telah mula membahagikan pendapatan bersama pembangun kandungan – dalam usaha mengekalkan mereka pada platform serta memastikan lebih banyak kandungan diterbitkan di Twitter.
Elon Musk sebelum ini telah ambil-alih Twitter pada bulan Oktober 2022 pada nilai mencapai $44 bilion. Sejak pengambil-alihan, Elon telah mengurangkan sejumlah besar pekerja dalam mengoptimasikan kos operasi, disamping melakukan pelbagai perubahan yang menerima kritikan ramai. Malah, baru-baru ini, dengan pengenalan Threads oleh Meta, ia turut membawa kepada persaingan baharu untuk platform tersebut.