Thunderbird, klien emel popular yang dibangunkan dibawah keluarga Mozilla, kini telah memperkenalkan Thunderbird versi 115 secara rasminya, sekaligus menawarkan beberapa perubahan baharu bersama-sama dengannya.
Thunderbird menamakan versi 115 ini sebagai “Supernova”, sekaligus membawakan antaramuka yang dikemaskini dan lebih moden bersama dengannya – serta pada masa yang sama mengekalkan elemen Thunderbird seperti dikenali ramai.
Versi ini juga akan menjadi asas untuk kemaskini Thunderbird akan datang yang dijangka akan terus menambah-baik dan menjadikan ia klien emel yang bagus di pasaran.
Thunderbid baharu ini membawakan rekaan “Card View” yang memaparkan emel seperti paparan webmail moden masa kini. Ia juga turut menyertakan elemen seumpama pada aplikasi mudah-alih dalam memudahkan lagi pengurusan dan komunikasi emel.
Thunderbird baharu ini turut menyertakan logo yang dikemaskini, selari dengan logo produk Mozilla lain.
Bagi pengguna yang berminat, boleh memuat-turun Thunderbird 115 ini hari ini, dan menggunakan klien emel terbaru dibawah keluarga Mozilla.