Apple Mac Dengan Cip Apple M3 Dijangka Hadir Seawal Oktober 2023
Aman
Apple sebelum ini telah membahagikan pelancaran produk mereka, dimana bulan September memfokuskan peranti mudah-alih, dan diikuti pada bulan Oktober untuk peranti perkomputeran. Untuk tahun ini, perkara tersebut dijangka diteruskan.
Mengikut laporan Bloomberg terbaru, Apple dijangka memperkenalkan Mac dengan cip Apple M3 seawal Oktober 2023 ini. Antara model yang dijangka menerima kemaskini dengan cip Apple Silicon baharu tersebut adalah Apple iMac M3, Apple MacBook Air M3 dan juga Apple MacBook Pro M3.

Apple M3 dijangka menawarkan prestasi pemprosesan yang lebih baik, disamping pada masa yang sama lebih efisien dan menjimatkan penggunaan tenaga. Beberapa desas-desus turut menyatakan ia akan hadir dengan binaan 3-nanometer yang baharu.
Memandangkan Apple juga masih baharu memperkenalkan beberapa produk berasaskan M2 Ultra, ia dikatakan produk berkenaan seperti Mac Studio dan MacBook Air 15-inci berasaskan cip M3 akan ditangguhkan sedikit pengenalannya.
Dengan perkembangan baharu ini, sama-sama kita nantikan apakah lanjutnya dan perkara baharu yang bakal dibawakan oleh Apple melalui cip M3.