Maxis kini menyatakan akan menandatangani perjanjian akses bersama Digital Nasional Berhad dalam usaha penawaran rangkaian 5G kepada para pengguna mereka. Langkah ini diambil kerana tiada pilihan lain untuk penawaran 5G buat masa ini.
Langkah ini diumumkan oleh Maxis melalui pemfailan Bursa terkini mereka. Maxis merupakan satu-satunya syarikat telekomunikasi yang belum memeterai perjanjian akses, dan masih tidak menawarkan rangkaian 5G kepada pengguna buat masa ini.
Sebelum ini, Maxis telah menangguhkan perjanjian kerjasama disebabkan oleh beberapa perkara. Kini, dengan langkah kerajaan menyatakan rangkaian kedua akan dibangunkan dibawah firma baharu selepas liputan DNB mencapai 80% kawasan berpenduduk, nampaknya Maxis turut mengorak langkah dalam menggunakan infrastruktur DNB terlebih dahulu sebelum pilihan lain.
Maxis menyasarkan perjanjian akses ini memakan kos operasi sekitar RM360 juta setahun.