Carian
WHO Umum Tahap Selamat Pengambilan Pemanis Buatan Aspartame
July 17, 2023 Effi Saharudin

Hujung bulan Jun lalu, Agensi Antarabangsa untuk Penyelidikan Kanser (IARC) mengumumkan mereka akan menyenaraikan Aspartame, pemanis buatan paling popular dunia sebagai penyebab kanser. Pada waktu tersebut ia dimasukkan ke dalam kategori 2B, yang boleh menyebabkan kanser pada manusia. Ia meletakkannya dalam kategori yang sama dengan daging merah, daun lidah buaya dan memasak makanan pada suhu yang tinggi.

Selepas perbincangan dilakukan bersama degan WHO, Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) dan Jawatankuasa Pakar Bersama Mengenai Aditif Makanan (JECFA), IARC turut mengatakan aspartame selamat dimakan oleh manusia menurut sukatan yang dibenarkan sebelum ini. Tahap selamat untuk dimakan manusia ialah 40 mg/kg yang bersamaan dengan minum lebih daripada 9-14 air tin sehari bagi individu dewasa.

Walaupun 9-14 tin dilihat sebagai jumlah yang amat besar bagi manusia biasa, saintis memberikan amaran Aspartame digunakan secara meluas pada produk seperti gelatin, bijirin pagi, vitamin, kopi segera, dadih, jus dan banyak lagi ia boleh membuatkan orang ramai tidak menyedari mereka sudah melebihi had pengambilan harian.

Komen