Suruhanjaya Pilihan Raya telah pun mengumumkan tarikh mengundi untuk Pilihan Raya Negeri melibatkan enam buah negeri, iaitu pada 12 Ogos 2023. Selari dengannya, kini laman MySPR Semak dikemaskini dan membolehkan orang ramai menyemak lokasi mengundi masing-masing pada 12 Ogos 2023 kelak.
Untuk makluman, enam buah negeri yang terlibat untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) adalah Kelantan, Selangor, Pulau Pinang, Terengganu, Kedah, dan Negeri Sembilan.
Bagi melakukan semakan lokasi dan masa mengundi yang dicadangkan, anda hanya perlu ke laman MySPR Semak, dan seterusnya pilih Semakan Daftar Pemilih.
Kemudian anda akan diminta untuk memasukkan nombor kad pengenalan dan CAPTCHA, sebelum sistem memaparkan lokasi mengundi masing-masing pada 12 Ogos 2023 kelak.
Mulakan semakan anda dengan melayari laman MySPR Semak hari ini.