Acer Swift X 14 Kini Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM5999
Amy Maizuraa
Sekiranya anda sedang mencari komputer riba baharu, sama ada untuk kegunaan produktiviti, suntingan video atau permainan video. Terbaharu komputer riba Acer Swfit X 14 telah mula ditawarkan di Malaysia yang boleh dijadikan pilihan bagi tujuan tersebut.

Ia dijual dengan harga bermula RM5999 (Intel Core i5-13500H), RM6,399 (Intel core i7-13700H/NVIDIA GeForce RTX 3050) dan RM7,399 (Intel core i7-13700H/NVIDIA GeForce RTX 4050). Ketersediaan bermula sekarang dengan hadiah bernilai sehingga RM529 diberikan secara percuma untuk masa terhad.
Seperti namanya, paparan skrin OLED sebesar 14.5-inci dengan kadar segar semula 120Hz digunakan pada komputer riba. Ini digabungkan lagi dengan pilihan CPU sehingga Intel core i7-13700H dan juga kad grafik NVIDIA GeForce RTX 4050 dengan sokongan perisian NVIDIA Studio terbina di dalam.

Memori pula sehingga sehingga 64GB DDR5, storan sehingga 1TB Gen4 PCIe NVMe SSD dan bateri 76Wh. Tidak ketinggalan, terdapat juga kamera FHD disertakan bagi tujuan telesidang bersama sistem pembesar suara terbina. Pilihan I/O ialah Thunderbolt 4, HDMI 2.1 dan pembaca kad microSD.
[info] Beli – Swift X 14 | Acer Malaysia Official Store [/info]