Carian
Facebook Watch Diberikan Nafas Baharu – Kini Dikenali Facebook Video
July 18, 2023 Effi Saharudin

Kandungan video semakin penting sekarang kerana ramai. tidak begitu minat membaca. Degan perubahan ini, Facebook telah mengubah tab Facebook Watch menjadi Video sahaja bermula hari ini dengan kesemua kandungan video diletakkan secara setempat.

Kandungan seperti Reels, penstriman langsung dan video panjang kesemuanya diakses menerusi tab baharu ini. Satu lagi perubahan yang dilakukan jika kandungan Instagram Reels dipaparkan dalam tab Video, pengguna boleh meninggalkan terus komen dalam aplikasi Facebook tanpa membuka aplikasi Instagram sebelum ini.

Akhir sekali ciri suntingan video dalam Facebook turut dikemaskini bagi memudahkan proses menghasilkan kandungan. Antara ciri baharu diberikan ialah melajukan/memperlahankan video, suntingan audio dan sokongan teks yang lebih baik. Untuk menggunakan kesemua ciri baharu ini sila kemas kini aplikasi Facebook anda hari ini.

Komen