Carian
Corsair Ambil-Alih Drop Yang Terkenal Dengan Penawaran Papan Kekunci Mekanikal
July 18, 2023 Aman

Corsair hari ini membuat kejutan dan mengumumkan mereka telah mengambil-alih salah satu syarikat memfokuskan kepada perkakasan komputer terutamanya papan kekunci mekanikal, iaitu Drop.

Harga pengambil-alihan tidak dinyatakan. Dengan pengambil-alihan ini, Corsair dilihat terus melengkapkan lagi portfolio penawaran aksesori dan perkakasan komputer, sementara untuk Drop ia akan menerima akses untuk pemasaran global yang sedia dimiliki oleh Corsair.

Corsair menyatakan Drop akan terus beroperasi dibawah jenama sendiri, dan terus menawarkan produk-produk mereka. Untuk makluman, sebelum ini Corsair turut telah mengambil-alih Elgato, dan ia masih beroperasi secara kendiri dengan jenama sendiri sehingga hari ini.

Komen