Mark Zuckerberg : Puluhan Juta Pengguna Guna Threads Setiap Hari, Melangkaui Jangkaan Meta
Aman
Sejak beberapa hari kebelakangan ini, ia telah dilaporkan berkenaan angka pengguna Threads yang berkurangan dan tidak setinggi pada minggu pelancaran. Sebelum ini, Threads menjadi yang terpantas mencapai angka pengguna 100 juta orang dalam masa hanya 5 hari sahaja.
Menyentuh mengenainya, Mark Zuckerberg menyatakan kini mereka melihat puluhan juta pengguna kembali menggunakan Threads setiap hari. Ini dikatakan adalah melangkaui jangkaan dan ramalan pihak Meta yang menyasarkan angka berkenaan mungkin lebih rendah.

Mark Zuckerberg turut menambah menyatakan mereka akan terus memfokuskan untuk menambah beberapa perkara pada Threads, dan berusaha untuk mengekalkan pengguna pada platfom tersebut.
Mark Zuckerberg sendiri menyatakan ia akan mengambil sedikit masa sebelum angka pengguna kekal stabil, sekaligus membantu dalam membangunkan komuniti.
Meta sedia berjaya dengan beberapa platform sosial sebelum ini, termasuk Facebook, Instagram, Reels dan sebagainya, dan Threads dijangka akan turut mencapai kejayaannya sendiri.