Carian
Kesatuan Eropah Mewajibkan Penggunaan Bateri Boleh Ganti Pada Peranti Menjelang 2027
July 18, 2023 Nazrin

Dengan kemajuan teknologi moden, syarikat-syarikat teknologi dilihat telah membangunkan peranti-peranti mereka untuk lebih sukar lagi untuk diperbaiki dan ditukar komponen-komponenya oleh pengguna sahaja.

Terkini, ia telah dilaporkan bahawa Kesatuan Eropah telah membuat satu keputusan besar berkenaan peranti-peranti elektronik yang padat di rantau tersebut. Bermula 2027, peranti-peranti elektronik diwajibkan untuk membolehkan bateri peranti ditukar dengan mudah oleh para pemilik peranti, dan bateri tersebut haruslah dikitar-semula untuk digunakan sebagai bateri baru dan pelbagai tujuan lain.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kesatuan Eropah, ini adalah untuk kelestarian ekonomi dan persekitaran di Kesatuan Eropah, dan untuk mengurangkan kebergantungan kepada pembelian nadir bumi daripada negara-negara di rantau lain.

Kesatuan Eropah menetapkan tahun 2027 untuk kesemua jenama-jenama elektronik mengimplimentasi penggunaan bateri boleh-ganti ini supaya mereka mempunyai masa mencukupi untuk memastikan peranti-peranti mereka tidak mempunyai masalah untuk digunakan di rantau tersebut.

Dalam pada itu, syarikat-syarikat juga diwajibkan untuk memberitahu sumber bekalan bahan mentah untuk bateri yang digunakan untuk menguasakan peranti-peranti mereka, tetapi undang-undang ini dikecualikan untuk perniagaan kecil dan sederhana.

Komen