Passport Malaysia Turun Ke Tangga 14 Paling Berkuasa, Singapura Di Tangga Teratas
July 18, 2023
Effi Saharudin
Indeks pasport paling berkuasa dunia oleh Henley telah diterbitkan minggu ini. Pasport Malaysia turun ke tangga ke-14 paling berkuasa di dunia tahun ini berbanding tangga ke-12 tahun 2022. Pemegang pasport Malaysia dibenarkan pergi ke 179 negara tanpa memerlukan visa.

Kedudukan terbaik Malaysia ialah di tangga ke-8 pada tahun 2014. Pasport paling berkuasa di dunia kini ialah Singapura yang berjaya mengambil alih kedudukan Jepun tahun lalu yang kini jatuh ke tangga ke-3.Pemegang pasport Singapura boleh pergi ke 192 destinasi tanpa memerlukan visa.
[sumber] Henley [/sumber]
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.