Bing Chat Enterprise Dan Microsoft 365 Copilot Kini Boleh Dilanggan
Effi Saharudin
Microsoft ialah syarikat paling awal menawarkan sokongan GPT-4 dan ChatGPT pada produk keluaran mereka sejurus selepas kecerdasan buatan (AI) generatif ini mula mendapat perhatian umum. Hari ini Bing Chat Enterprise dan Microsoft 365 Copilot akhirnya ditawarkan dalam bentuk langganan kepada syarikat yang berminat. Pada Mac yang lalu Microsoft 365 Copilot diumumkan tetapi hanya diuji oleh pelanggan terpilih.

Bing Chat Enterprise ialah chatbot yang boleh menjawab semua persoalan termasuk dengan kemampuan melakukan carian web supaya maklumat yang diberi lebih tepat. Jawapan boleh diberikan dalam bentuk teks, carta, graf, imej dan hadir dengan petikan sumber supaya boleh diperiksa kesahihannya.

Pelanggan Microsoft 365 E3, E5, Business Standard dan Business Premium boleh menggunakan Bing Chat Enterprise dengan bayaran tambahan $5 sebelum untuk setiap kepala.
Sementara itu Microsoft 365 Copilot pula ditawarkan pada harga $30 sebulan kepada pelanggan Microsoft 365 E3, E5, Business Standard and Business Premium. Dengn Copilot AI membantu dalam aplikasi Word, Excel, PowerPoint, Outlook dan Teams.
[sumber] Microsoft [/sumber]