Carian
WhatsApp Perkenal Aplikasi Rasmi Untuk Jam Tangan Pintar WearOS
July 19, 2023 Aman

WhatsApp hari ini secara rasminya telah memperkenalkan aplikasi rasmi mereka untuk platform WearOS. Dengan penawaran ini, ia sekaligus membolehkan orang ramai untuk berkomunikasi melalui jam tangan pintar mereka menggunakan WhatsApp.

Sebelum ini, Google sedia mengacah pengenalan aplikasi WhatsApp untuk WearOS, dan versi beta telah diuji sejak beberapa minggu kebelakangan.

Aplikasi WhatsApp untuk WearOS ini menyokong kebolehan membalas mesej, termasuk untuk menjawab panggilan suara. Langkah ini boleh dilakukan, walaupun telefon pintar tidak berada bersama pengguna pada sesuatu masa.

Buat masa ini, aplikasi WhatsApp ini hanya menyokong jam tangan pintar menjalankan WearOS 3 dan terkini sahaja.

Komen