Vivo Y36 4G Akan Ditawarkan Di Malaysia Bermula 21 Julai – Berharga RM999
Amy Maizuraa
Peranti Vivo Y36 menerima kemaskini baharu apabila variasi 4G pula ditawarkan di Malaysia. Dijual dengan harga RM999, peranti boleh dibeli bermula 21 Julai 2023 menerusi pengedar sah Vivo di seluruh Malaysia dan hadiah berupa TWS Earbuds bernilai RM99 diberikan secara percuma. Peranti juga didatangkan dalam dua pilihan warna seperti Semporna Green dan Meteor Black.

Vivo Y36 4G dilengkapi skrin 6.64-inci LCD FHD+ dengan kadar segar semula 90Hz. Ini digabungkan lagi dengan cip Snapdragon 680, memori 8GB RAM dan storan dalaman 256GB sebagai tunjang utama. Kapasiti bateri pula sebesar 5000mAh dan sokong sistem pengecasan berwayar 44W. Peranti juga mempunyi sistem dwi-kamera 50MP + 2MP di belakang bersama kamera swafoto 16MP. Sebagai tambahan sistem imbasan cap jari dan penarafan kalis air IP54 turut disediakan pada peranti.