Honor 90 5G Kini Rasmi Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM1799
Amy Maizuraa
Acara pelancaran hari ini memperlihatkan Honor mengemaskini portfolio peranti pintarnya dengan beberapa produk baharu. Salah satu daripanya adalah Honor 90 yang menjadi sebuah lagi pilihan baharu untuk peranti dengan kamera 200MP di Malaysia.


Bermula dengan reka bentuk peranti ini menggabungkan panel hadapan dan belakang yang melengkung, sekaligus menjadikannya cukup nipis dan selesa untuk digunakan. Ini digabungkan lagi dengan skrin sejenis berlubang yang sudah semestinya mampu menyajikan pengalaman tontonan cukup luas.

Skrin pula adalah sejenis AMOLED 6.7″ yang juga menyokong resolusi FHD+ dan kadar segar semula 120Hz. Ia juga dijana dengan cip Snapdragon 7 Gen 1, di samping gabungan memori 12GB RAM dan storan dalaman 512GB. Kapasiti bateri pula sebesar 5000mAh dan menyokong pengecasan pantas 66W.

Seterusnya peranti juga mempunyai kamera utama 200MP + 12MP + 2MP dan kamera swafoto pula 50MP. Dari segi ketersambungan pula ia menawarkan rangkaian 5G terbina, NFC, bluetooth 5.2 dan port USB-C. Bukan itu sahaja peranti juga menjalankan MagicOS 7.1 yang dibina berasaskan Android 13.

Bagi yang berminat peranti ini dijual dengan harga bermula RM1,799 (12GB/256GB) dan RM2,099 (12GB/256GB). Ketersediaan bermula 22 Julai menerusi pengedar sah Honor di seluruh Malaysia dan hadiah bernilai RM647 juga diberi secara percuma untuk setiap pembelian.