WhatsApp Kini Membenarkan Mesej Dihantar Tanpa Nombor Disimpan Terlebih Dahulu
Effi Saharudin
Isu kami dengan WhatsApp sebelum ini ialah ia tidak membenarkan mesej chat dihantar tanpa nombor disimpan terlebih dahulu. Proses untuk menghantar mesej kepada pekerja syarikat internet yang cuba dihubungi memerlukan beberapa langkah yang membazirkan masa. Menurut laporan WABetaInfo, WhatsApp kini membenarkan penghantaran mesej dihantar pada nombor yang tidak disimpan.

Pengguna boleh menghantar mesej chat dengan memasukkan nombor telefon dalam kotak carian dalam aplikasi. Jika WhatsApp tidak dapat mengesan nombor yang tidak disimpan ini, pilihan “Start new chat” akan dipaparkan. Tekan pilihan ini dan mesej boleh dihantar seperti biasa. Walaupun kemas kini sudah diberikan, ia nampaknya diaktifkan secara berperingkat kepada pengguna global. Pada peranti kami ciri ini masih belum boleh digunakan. Bagaimana pula pada peranti anda?
[sumber] WABetaInfo [/sumber]