Google Play Menguji Ciri Melihat Rupa Aplikasi Apabila Dipasang Pada Peranti Berbeza
Effi Saharudin
Aplikasi biasanya dibangunkan untuk telefon pintar. Oleh sebab itu kadang kala apabila dipasang pada tablet, ia tidak berfungsi dengan baik kerana antaramuka tidak direka untuk skrin lebih besar. Tetapi ciapan @AssembleDebug menunjukkan Google sedang menguji ciri memaparkan rupa aplikasi apabila dipasang padang telefon, tablet, Chromebook dan TV

Terdapat tab khas untuk memilih pada peranti apa aplikasi ingin dipasang. Tangkapan layar antaramuka peranti akan berubah mengikut peranti yang dipilih. Ini ialah ciri yang menarik kerana anda lagi perlu memasang aplikasi terlebih dahulu dan kemudian terkejut dengan antaramuka yang kurang menyenangkan.
Selain paparan antaramuka, jumlah bintang dan ulasan aplikasi oleh pengguna mengenai aplikasi berdasarkan peranti ia digunakan juga kini diasingkan bagi memudahkan pengguna mengetahui ia berbaloi dipasang ataupun tidak.
Pada waktu ini ciri masih di peringkat ujian dan tidak diketahui jika ia akan diberikan kepada semua pengguna ekosistem Google.
[sumber] @assemblydebug [/sumber]