Tiada lagi FaceTime dan iMessage di United Kingdom. Ini mungkin berlaku sekiranya kerjaan UK tidak melakukan pindaan terhadap Akta Kuasa Penyiasatan (IPA) 2016 yang memerlukan sistem sekuriti aplikasi mendapatkan kebenaran daripada Kementerian Dalam Negeri UK sebelum ia boleh digunakan oleh orang ramai.
Antara yang tertakluk dalam bidang kuasa KDN UK ialah mematikan sistem keselamatan tertentu yang digunakan dalam aplikasi sedia ada. Dengan kata lain ia menghasilkan pintu belakang yang oleh digunakan untuk mengintip aktiviti penduduk UK. Sebelum ini kerajaan UK meminta supaya sistem penyulitan hujung-ke-hujung dinyahaktifkan pada aplikasi pemesejan atas sebab keselamatan negara dan menghalang kandungan lucah kanak-kanak.
Apple berkata membenarkan UK akses kepada pintu belakang membawakan impak yang besar terhadap hak privasi pengguna aplikasi mereka. Dengan ini Apple menyertai WhatsApp dan Signal yang turut mentang akta yang dilihat membawakan impak besar kepada privasi pengguna atas dari memastikan mereka selamat daripada pengganas dan penjenayah.
Beberapa tahun yang lalu Apple enggan memberikan bantuan kepada pihak FBI yang ingin mengakses kandungan iPhone 5C milik pengganas dalam insiden tembakan di San Bernadino. Data peranti disulitkan menerusi sistem Touch ID. Apple berkata mereka tidak boleh memberikan akses kepada FBI walaupun selepas menerima arahan mahkamah kerana jika ini dilakukan ia mendatangkan impak kepada semua pengguna mereka.