Cari @ Amanz

Setelah sekian lama menyepi, jenama yang berpangkalan di China, Meizu seakan memberi petanda akan kembali merancakkan industri peranti pintar di Malaysia. Hal ini boleh dilihat menerusi sejumlah kemaskini di platform media sosial rasmi Facebook yang dimuatnaik sejak dua hari lepas.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai memberikan pelbagai pandangan mengenai perkara ini. Ramai juga dalam kalangan pengguna media sosial yang meluahkan rasa teruja di atas perkara ini. Tidak kurang juga ada yang mengharapkan jenama ini kelak boleh menawarkan peranti dengan julat harga mampu milik bagi membolehkannya bersaing secara baik dengan jenama sedia ada.

Dalam pada itu beberapa kemaskini lain yang dimuatnaik turut mempromosikan peranti terkini Meizu 20 Pro dan Meizu 20 Infinity. Hal ini sekaligus menimbulkan teka-teka tentang penawarannya, tetapi peranti ini bagaimanapun sedia rasmi di beberapa pasaran sejak Mac lalu. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut berhubung perkara ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd