Nubia melancarkan peranti kelas mercu baharu menerusi pengenalan Z50S Pro. Gabungan tubuh berkotak dengan sisi dan skrin rata digunakan pada peranti ini. Ini digabungkan lagi dengan bonggol kamera sederhana besar di bahagian belakang yang turut dihiasi kemasan serba menarik, sama ada bertekstur mahupun licin.

Peranti ini didatangkan dengan skrin 6.78-inci OLED 1.5K dengan kadar segar semula 120Hz. Ini digabungkan lagi dengan cip Snapdragon 8 Gen 2, memori sehingga 16GB RAM LPDDR5X dan storan dalaman 1TB sebagai tunjang utama peranti. Kapasiti bateri pula sebesar 5000mAh dan menyokong sistem pengecasan pantas 80W.

Turut disertakan adalah sistem tri-kamera dengan tetapan 50MP utama (Sony IMX800) OIS, 50MP ultra-lebar/makro dan 8MP telefoto dengan zum optikal sehingga 6X. Kamera hadapan pula sebesar 16MP. Lain-lain spesifikasi termasuklah imbasan cap jari di skrin, sambungan bluetooth 5.3, pembesar suara stereo dan port USB-C.