Carian
Twitter Akan Mengehadkan Penghantaran DM Oleh Pengguna Percuma
July 22, 2023 Aman

Twitter kini secara rasminya mengumumkan mereka akan mula mengimplementasi had atas penggunaan DM atau Direct Message pada perkhidmatan tersebut, untuk pengguna percuma.

Buat masa ini, ia tidak diumumkan berapakah had DM yang boleh dihantar oleh pengguna percuma. Twitter mengatakan langkah ini adalah dalam usaha mengekang penghantaran mesej berbentuk spam pada perkhidmatan tersebut.

Untuk menghantar DM tanpa had, Twitter mengalakkan pengguna melanggan Twitter Blue, pada harga RM35 sebulan.

Komen