Spotify Akan Meningkatkan Harga Langganan
Effi Saharudin
Spotify akan meningkatkan harga langganan bulanan mereka di Amerika Syarikat seawal minggu depan dan di beberapa pasaran lain dalam bulan-bulan mendatang menurut laporan Wall Street Journal. Di A.S, langganan bulanan kini bermula $10.99, yang merupakan peningkatan daripada harga sebelum ini $9.99 sebulan.

Ini dilihat sebagai cara untuk meningkatkan pendapatan syarikat yang pada waktu ini adalah platform penstriman muzik terbesar dunia. Langkah yang diambil selari dengan yang dilakukan oleh YouTube, Netflix dan Apple yang turut meningkatkan harga langganan perkhidmatan mereka sejak kebelakangan ini. Sudah menjadi lumrah pada peringkat awal perkhidmatan penstriman ditawarkan murah sebelum harga dinaikkan selepas jumlah pengguna meningkat.
[sumber] Wall Stret Journal [/sumber]
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.