Cari @ Amanz

Samsung akan mengadakan acara Samsung Unpacked secara rasminya pada minggu ini, dimana mereka dijangka mengumumkan dua telefon dibawah siri peranti boleh-lipat, iaitu dibawah keluarga Z Fold dan juga Z Flip.

Menariknya, menjelang ke acara berkenaan, Samsung kini telah menerbitkan sebuah video promosi baharu untuk siri telefon Galaxy Z Flip5 yang bakal diumumkan.

Melalui video baharu ini, Samsung memperlihatkan Galaxy Z Flip5 akan ditutup rapat dan tidak mempunyai ruangan yang naik sedikit seperti pada Galaxy Z Flip4 sebelum ini.

Galaxy Z Flip4

Langkah ini juga mungkin selari dengan perkembangan teknologi, selain beberapa pesaing Samsung lain yang turut menawarkan peranti yang ditutup rapat.

Dengan ini, sama-sama kita nantikan Galaxy Unpacked yang dijadualkan pada 26 Julai ini, untuk menyaksikan apakah lagi pembaharuan yang disertakan oleh Samsung.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd