Carian
Pengasas Google Dilaporkan Kembali Ke Syarikat Dalam Usaha Memfokuskan AI
July 23, 2023 Aman

Sergey Brin, pengasas Google, kini dilaporkan kembali ke syarikat internet berkenaan dalam usaha untuk memfokuskan ke arena kecerdasan buatan, termasuk membangunkan model kecerdasan buatan lebih maju berbanding pesaing, dinamakan Gemini.

Sebelum ini, Larry Page dan Sergey Brin telah meninggalkan tampuk pengurusan dan operasi syarikat, pada 2019 lepas. Sejak dari itu, CEO Sundar Pichai mengetuai Google dan memperkembangkan syarikat internet berkenaan sehingga ke hari ini.

Google Lahir Sergey Brin Larri Page

Kini, mengikut laporan WSJ, ia dikatakan Sergey Brin hadir ke pejabat sekitar tiga ke 4 kali seminggu, dan memfokuskan kepada arena kecerdasan buatan. Untuk makluman, sebelum ini sendiri, Sergey Brin sedia meminati dan melabur ke arena ini sejak bertahun-tahun sebelum ini. Dengan letusan pada arena kecerdasan buatan sejak pengenalan ChatGPT, Google sendiri lebih mengutamakan pembangunan arena berkenaan, dan semestinya Sergey Brin yang meminati arena ini ingin kembali beraksi.

Buat masa ini, Sergey Brin dilaporkan lebih kepada membantu pasukan AI di Google, termasuk terlibat dalam bahagian pengambilan pekerja. CEO Google juga dilihat mengalu-alukan pengembalian Sergey Brin.

Dengan pengasasnya kembali dan memfokuskan kepada kecerdasan buatan, sama-sama kita nantikan apakah kejutan yang akan dibawakan oleh Google melalui penawaran produk mereka kelak.

Komen