Ciri WhatsApp Chat telah diperkenalkan secara rasmi dan menjadi ruangan rasmi yang membolehkan pengguna memanfaatkan pelbagai perkongsian berguna. Dilancarkan sekitar beberapa hari lalu, ia menjadi medium perkongsian pelbagai perkara berkaitan tips dan trik, serta menjadikan aplikasi pemesejan ini lebih baik dengan kemaskini privasi baharu.
Hal ini juga secara tidak langsung dapat membantu pengguna untuk menjadi lebih berpengetahuan tentang produk dan perkhidmatan ditawarkan oleh WhatsApp. Secara lalainya, ciri ini berfungsi secara senyap, seterusnya tidak akan mengakibatkan pengguna terasa terganggu dengan notifikasi masuk. Dalam pada itu, ia juga akan tersedia secara berperingkat dan pastikan aplikasi pemesejan telah dikemaskini.