ROG Ally Hadir Dengan Kemaskini BIOS Yang Menambahbaik Beberapa Fungsi
Nazrin
ASUS baru-baru ini telah memperkenalkan sebuah kemaskini perisian baru untuk konsol ROG Ally yang dilihat hadir dengan beberapa penambahbaikan untuk konsol tersebut, walaupun buat masa ini, ia masih tidak berkaitan dengan isu pembaca kad yang rosak akibat suhu tinggi.

Kemaskini BIOS baru ini memperlihatkan penambahbaikan seperti penyimpanan tetapan bekalan kuasa ke komponen GPU, yang mana sebelum ini ia akan diset semula ke asal setiap kali kemaskini seperti ini dipasang. Dalam pada itu, nilai kecerahan paparan ROG Ally juga boleh ditetapkan serendah 10 nit, berbanding dengan 25 nit sebelum ini untuk mereka yang lebih gemar bermain permainan dalam keadaan gelap.
ROG Ally juga hadir dengan tetapan kuasa berbeza yang boleh digunakan untuk mengurangkan suhu panas konsol ini. Dengan kemaskini terbaru ini, sambungan bekalan kuasa ke konsol daripada kabel USB boleh ditetapkan pada had 30W sekiranya konsol anda digerakkan pada tahap kuasa 30W. Ia tidak lagi akan memakan kuasa tinggi sekiranya ada menggunakan pengecas dengan tahap pengecasan seperti 60W.
[sumber]ASUS Forum[/sumber]
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.