Cari @ Amanz

Vivo sedia mempunyai cip ISP tersendiri yang kini sudah memasuki generasi ketiga. Ia dihasilkan bagi tujuan memberikan peningkatan kepada kemampuan peranti yang menggunakannya. Di mana ia bukan sahaja mengurangkan sela masa tangkapan, malahan turut boleh digunakan untuk tangkapan gambar berkualiti tinggi.

Baru-baru ini ada perkembangan baharu mengenai cip pengimejan Vivo V3 pula bakal tiba tidak lama lagi. Ia dikatakan hadir dengan peningkatan lebih baik yang mampu menjadikan pengalaman fotografi lebih bermakna dan menyeronokkan. Ia juga akan dibangunkan dengan binaan cip 6nm yang bukan sahaja dilengkapi algoritma lebih cekap, malahan dikatakan mampu mengoptimumkan penggunaan kuasa lebih baik.

Selain itu antara ciri lain yang menonjol ialah kemampuan untuk merakam video potret 4K secara langsung pada telefon pintar. Ini bermakna pengguna boleh membuat video berkualiti sinematik dengan perincian yang mendalam. Dalam masa sama turut menawarkan fungsi penyuntingan pasca-penerbitan (yang juga dikenali sebagai pos-produksi) bagi membolehkan pengguna bebas menghasilkan video yang terlihat lebih unik dan menarik.

Lebih banyak spesifikasi dan ciri yang akan diumumkan pada masa akan datang. Bagi melihat sejauh mana kehebatan cip pengimejan baharu Vivo ini, nantikan pelancarannya di Vivo Video Festival yang berlangsung sehingga 31 Julai 2023. Ia juga dijangka digunakan pertama kalinya pada Vivo X100.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd