Carian
Twitter Versi Web Dikemaskini Dengan Logo “X” – Tiada Lagi Burung Biru
July 24, 2023 Aman

Seperti dinyatakan oleh Elon Musk sebelum ini, kini laman web Twitter telah dikemaskini dan menggunakan logo X menggantikan logo burung biru sebelum ini.

Disamping itu, alamat URL X.com juga kini membawa ke laman rasmi atau aplikasi Twitter.

Penjenamaan ini dilihat sebagai langkah awal dalam usaha menjadikan Twitter sebagai sebuah aplikasi semua-dalam-satu, meliputi kandungan video, audio, permesejan dan juga kewangan.

Dengan langkah ini, kita mungkin melihat Twitter atau X ini menerima pelbagai penambahan ciri-ciri baharu secara berperingkat selepas ini.

Bagi anda, apa kata anda berkenaan penjenamaan semula ini. Adakah anda akan merindui burung biru Twitter?

Komen