Carian
Spotify Menaikkan Harga Langganan Premium – Malaysia Terkecuali
July 25, 2023 Effi Saharudin

Spotify mengesahkan ura-ura langganan Premium mereka akan dinaikkan di 53 negara. Kenaikan harga dilakukan pada pelan Premium Individu, Duo, Family dan Student. Kepada pengguna di Malaysia, mereka boleh menghela nafas lega kerana harga langganan tidak dinaikkan di Malaysia.

Sejak memulakan operasi pada 2008, Spotify menawarkan penstriman Premium tanpa sokongan iklan kepada pelanggan mereka. Pada waktu ini mereka mempunyai lebih 200 juta pelanggan Premium. Menurut Spotify, kenaikan harga dilakukan bagi membolehkan inovasi diteruskan bagi menawarkan pengalaman penggunaan yang lebih baik.

Berikut ialah senarai 53 negara di mana harga langgana Premium akan dinaikkan

  1.  Albania, 
  2. Amerika Syarikat
  3. Andorra
  4. Argentina
  5. Australia 
  6. Austria 
  7. Belgium 
  8. Belanda
  9. Bosnia Herzegovina 
  10. Brazil
  11. Bulgaria
  12. Chile
  13. Colombia
  14. Costa Rica
  15. Croatia
  16. Cyprus
  17. Denmark
  18. Ecuador
  19. Estonia
  20. Finland
  21. Greece
  22. Guatemala
  23. Hong Kong
  24. Iceland
  25. Indonesia
  26. Ireland
  27. Israel
  28. Itali
  29. Kanada
  30. Kosovo
  31. Latvia
  32. Lithuania
  33. Luxembourg
  34. Macedonia Utara
  35. Malta
  36. Mexico
  37. Monaco
  38. Montenegro
  39. New Zealand
  40. Norway
  41. Perancis
  42. Peru
  43. Portugal
  44. San Marino
  45. Sepanyol
  46. Serbia
  47. Singapura
  48. Slovakia
  49. Slovenia
  50. Sweden
  51. Thailand
  52. Türkiye
  53. United Kingdom
Komen