Cari @ Amanz

iPhone 17 Pro Mungkin Akan Menggunakan Skrin Nirbingkai Penuh

Link Copied!

The Elec baru-baru ini melaporkan Apple meminta pembekal skrin mereka Samsung Display dan LG Display untuk hadir dengan panel OLED baharu untuk skrin nirbingkai penuh agar teknologi kamera bawah skrin dapat diintegrasikan. Skrin baharu ini dikatakan mempunyai ruang tambahan untuk antena baharu.

Sumber menyatakan yang Apple tidak ingin menggunakan rekaan skrin melengkung dengan bezel ultra-nipis kerana percaya pembaharuan yang ingin mereka bawakan ini hanya boleh dilakukan dengan skrin yang rata. Ia dijangka akan diperkenalkan pada iPhone 17 Pro tahun 2025 akan datang.

Sementara menantikan iPhone 17 Pro dengan skrin nirbingkai penuh, iPhone 15 Pro dikatakan akan menjadi telefon pintar dengan bingkai skrin paling nipis iaitu 1.55mm sahaja.


Komen ()