Kehadiran Infinix GT 10 Pro Diacah Menerusi Video Promosi Rasmi
Amy Maizuraa
Sejurus menjadi bualan, kehadiran Infinix GT 10 Pro akhirnya diacah secara rasmi menerusi video promosi pendek. Ia dijangka boleh menjadi sebuah peranti memfokuskan gaming yang kelak dipasarkan pada harga mampu milik. Hal ini juga boleh dilihat dengan jelas bagaimana Infinix cuba menyesuaikan reka bentuk peranti yang selaras dengan konsep utama bagi menjadikannya unik.

Dinamakan sebagai Cyber Mecha, kemasan bercirikan futuristik ini akan mempunyai panel belakang lutsinar. Tidak keterlaluan dikatakan ini adalah konsep yang turut dipopularkan oleh Nothing pada peranti mereka. Sokongan lampu terbina di panel belakang yang kelihatan sekaligus menguatkan lagi persamaan ini.

Dalam pada itu, prestasi juga boleh menjadi salah satu fokus utama pada peranti baharu Infinix ini. Selain turut dikatakan mampu menawarkan antara muka yang bersih bebas iklan. Namun maklumat mengenai perkakasan dalaman masih tidak diketahui secara khusus. Begitu juga dengan tarikh pelancarannya yang masih menjadi tanda tanya.