Carian
Video Di Twitter Kini Boleh Dimuat Turun Pelanggan Twitter Blue
July 26, 2023 Effi Saharudin

Pelanggan Twitter Blue kini boleh memuat turun video yang dimuat naik ke platform. Ini disedari oleh kami awal pagi ini ketika cuba memuat naik video. Laman FAQ Twitter mengenai ciri memuat naik video juga telah dikemaskini bagi menerangkan cara memuat turun serta tetapan privasi.

Video hanya boleh dimuat turun oleh pelanggan Twitter Blue dengan menekan butang menu tiga titik dan menekan butang “Download”. Sebarang video yang dimuat naik oleh pengguna berusia 18 tahun ke bawah tidak boleh dimuat turun atas sebab keselamatan. Pengguna juga tidak boleh memuat turun video dari akaun yang ditetapkan sebagai peribadi.

Selain itu pengguna Twitter juga boleh menetapkan untuk tidak membenarkan video mereka dimuat turun. Tetapi jika pilihan ini diambil, video tidak boleh dimainkan apabila di dibenamkan pada laman web misalnya. Akhir sekali video yang dimuat naik selepas 25 Julai sahaja boleh dimuat turun. Pada waktu ini ciri ini hanya diberikan kepada pengguna aplikasi iOS sahaja.

Komen