OpenAI Menutup Alat Mengesan Penulisan Dikarang AI Kerana Ketepatan Yang Rendah
Effi Saharudin
Pada Februari yang lalu, OpenAI melancarkan alat yang boleh mengesan sesebuah karya penulisan dikarang oleh kecerdasan buatan (AI) ataupun manusia. Ia dilancarkan kerana kerisauan ahli akademik ChatGPT digunakan oleh pelajar untuk mengelat melakukan tugasan di institusi pendidikan.

Hari ini OpenAI mengumumkan alat ini dihentikan perkhidmatannya kerana mempunyai ketepatan yang rendah mengesan karya AI. Mereka kini melakukan kajian baharu untuk pengesanan karya AI yang lebih efektif. Terdapat beberapa alatan lain yang dilancarkan sejurus selepas ChatGPT menjadi kegunaan orang ramai. Dengan AI semakin bijak kerana dilatih sepanjang masa, suatu ketika nanti mungkin proses untuk mengesannya akan menjadi semakin sukar.
[sumber] Decrypt [/sumber]