Beberapa hari lalu, kami telah melaporkan bahawa terminal MyDebit sudah mula ditemui di tol lebuhraya KESAS dan dijangka lebih banyak tol lagi akan memperlihatkan terminal-terminal ini. Sangkaan kami tepat sekali dimana pagi ini, kami menemui sebuah lagi terminal MyDebit yang dipasang di lebuhraya Maju Expressway (MEX) pula.
Terminal ini ditemui di salah satu pondok tol Touch’n’Go MEX menghala ke Kuala Lumpur, tetapi tidak mempunyai label sedang diuji seperti sebelum ini. Buat masa ini kami masih tidak tahu bilakah terminal-terminal ini akan beroperasi.
MEX merupakan sebuah lebuhraya yang menyambungkan kawasan-kawasan Cyberjaya/Putrajaya ke Bukit Jalil dan juga Kuala Lumpur dan rata-rata digunakan oleh beribu-ribu kenderaan setiap hari. Pemasangan terminal MyDebit ini dilihat akan memberikan para pengguna lebuhraya ini lebih banyak pilihan untuk pembayaran di masa akan datang kelak.