Cari @ Amanz

Threads, alternatif kepada Twitter yang dibangunkan oleh Twitter kini nampaknya ditambah-baik melalui pengenalan ciri yang dinantikan ramai sekian lama, iaitu paparan garis masa secara kronologi.

Dengan penambahan ini, kini pada halaman utama, sebanyak dua tab disediakan, dimana yang pertama adalah “Untuk Anda” yang memaparkan perkongsian Threads secara rawak dari pelbagai akaun.

Tab yang kedua adalah “Mengikuti” yang memaparkan perkongsian dari akaun-akaun yang diikuti seseorang pengguna sahaja.

Dengan langkah ini, ia sekaligus memudahkan lagi pengguna untuk mengikuti perkongsian rakan-rakan atau akaun yang diikuti sahaja serta mengelak melihat perkongsian pengguna secara rawak.

Ciri ini sedang diaktifkan secara berperingkat kepada semua pengguna seluruh dunia.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd