Cari @ Amanz

Pada November 2022 lepas, Google Play Games Beta untuk PC diperkenalkan untuk pengguna di Malaysia. Aplikasi ini membolehkan pengguna komputer Windows bermain permua Android pada PC dengan mudah.

Tetapi ketika itu sokongan komputer yang disokong amat terhad. Ia hanya boleh dijalankan pada komputer Windows 10 dikuasakan CPU 4-teras, sekurang-kurangnya menggunakan kad grafik Intel UHD Graphics 630, memori 8GB RAM, SSD 10GB dan Hardware virtualization diaktifkan.

The Verge melaporkan yang Google Play Games untuk PC ini kini boleh dijalankan pada komputer dengan spesifikasi lebih rendah. Komputer dengan cip pemprosesan dwi-teras dan memori 4GB RAM kini turut boleh mencuba dengan pengalaman penggunaan yang terhad.

Selain itu kemaskini baharu turut membawakan sokongan menetapkan semula kekunci pada papan kekunci untuk memudahkan kawalan berbeza mengikut permua berbeza.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun Google Play Games untuk PC, sekaligus mencuba sendiri dalam menjalankan pelbagai permainan pada komputer anda.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd