Cari @ Amanz

Cip Vivo V1 adalah cip pemprosesan pengimejan pertama oleh Vivo. Cip ini kali pertama digunakan pada peranti Vivo X70 Pro. Kemudian Vivo hadir dengan versi kemaskini untuknya, iaitu Vivo V1+ dan Vivo V2. Sehingga hari ini cip-cip ini telah membantu peranti siri Vivo X dalam merakamkan kualiti gambar dan video yang lebih baik, lebih-lebih lagi dari pengurangan hingar ketika rakaman menggunakan mod malam.

Cip vivo V1

Terbaru, naib presiden Vivo iaitu Jia Jingdong mengumumkan cip Vivo V3. Cip ini dijangka akan digunakan pada peranti Vivo X100. Vivo V3 dibina berasaskan rekaan 6nm dan menyokong rakaman video potret 4K. Selain itu cip ini turut membolehkan ciri suntingan yang lebih hebat, sekaligus memberikan kebebasan kepada pengguna.

Siri Vivo X100 kelak dijangka hadir dengan dua variasi model iaitu Vivo X100 dengan cip Dimensity 9300 dan Vivo X100+ dengan cip Snapdragon 8 Gen 3. Peranti dikhabarkan akan kekal menggunakan sensor 1″ Sony IMX989 serta menggunakan rekaan lebih kurang sama dengan siri Vivo X90.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd