Cari @ Amanz

Google hari ini berkongsi mengatakan kini terdapat lebih 2 bilion pengguna yang menonton YouTube Shorts setiap bulan. Angka ini adalah angka pengguna yang berlog masuk di YouTube – dan angka sebenar mungkin lebih tinggi.

Pada tahun lepas, Google mengumumkan angka berkenaan adalah 1.5 bilion. Perkembangan baharu ini dikongsikan Google bersama pengumuman penyata kewangan mereka terkini.

YouTube sendiri pada tahun ini telah memulakan proses perkongsian pendapatan bersama penerbit YouTube Shorts. Ini sekaligus membuatkan lebih ramai menerbitkan kandungan di YouTube Shorts – dan secara tidak langsung meningkatkan kadar penggunaan di platform tersebut.

Dengan lebih ramai mula memfokuskan kandungan menegak, tidak mustahil kita melihat angka penonton YouTube Shorts terus bertambah dari hari ke hari.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd