Carian
Oppo Mengacah Kehadiran Peranti “N” Baharu Ketika Pelancaran Siri “Z” Samsung
July 26, 2023 Aman

Samsung hari ini memperkenalkan sejumlah peranti baharu mereka, termasuk memfokuskan kepada telefon boleh-lipat dibawah siri Galaxy Z Fold dan Galaxy Z Flip.

Cuba mencuri perhatian ketika pelancaran Samsung ini adalah Oppo. Melalui perkongsian yang dilakukan di media sosial, Oppo hadir dengan animasi yang mengubah huruf “Z” kepada huruf “N” – sekaligus dilihat menyasarkan pengacahan ini kepada peminat produk Samsung.

Seperti ramai sedia maklum, Oppo memanggil siri telefon boleh-lipat mereka sebagai “N”. Pengeluar dari China berkenaan dijangka memperkenalkan Oppo Find N3 Flip dan juga Oppo Find N3 Fold secara rasminya tidak lama lagi.

Perkongsian Oppo sekadar menandakan ia akan datang tidak lama lagi, dan tidak memberikan sebarang tarikh pengenalan untuknya. Bagi anda sendiri, adakah anda akan nantikan Oppo Find N, atau memilih Samsung Galaxy Z?

Komen