Carian
OnePlus Memberi Gambaran Nama Telefon Boleh-Lipat Sebagai “OnePlus Open”
July 27, 2023 Aman

Selari pengenalan telefon boleh-lipat Samsung, selain Oppo yang mengacah kehadiran siri Oppo Find N baharu, kini OnePlus turut mengacah nama telefon boleh-lipat mereka sebagai “Open”.

Melalui perkongsian sosial, OnePlus mengatakan, “Kami OPEN ketika yang lain FOLD”. Ini sekaligus seperti mengesahkan desas-desus sebelum ini, mengatakan telefon boleh-lipat OnePlus akan dinamakan sebagai OnePlus Open.

Mengikut ketirisan sebelum ini, OnePlus Open dijangka hadir dengan cip Snapdragon 8 Gen 2, dan menyertakan rekaan seumpama telefon boleh-lipat Oppo terbaru.

OnePlus dijangka mengumumkan penawaran mereka seawal bulan hadapan. Sama-sama kita nantikan kejutan yang disediakan oleh pengeluar yang kini beroperasi dibawah Oppo ini.

Komen