Samsung pada hari ini sedia memasarkan siri Galaxy Z Fold dan Galaxy Z Flip sebagai peranti premium yang menyertakan teknologi skrin boleh-lipat. Walaupun siri Galaxy Z Flip lebih berharga rendah, namun model baharunya masih berharga lebih RM4,000.

Samsung menyasarkan untuk mengubah perkara berkenaan dengan hadir dengan pilihan telefon boleh-lipat pada harga lebih mampu-milik. Ini mungkin berfungsi seperti siri Galaxy A yang membawakan sejumlah fungsi secara terhad dari siri Galaxy S. Maka, kita mungkin melihat pengenalan “Galaxy A” untuk telefon boleh-lipat.
Pihak Samsung tidak menyatakan bilakah akan memperkenalkannya. Namun, mengikut penganalisa bebas, Samsung dijangka hadir dengan penawaran sedemikian seawal 2025 – sekaligus terus memperluaskan pegangan pasaran dalam arena telefon boleh-lipat.
Perkongsian baharu Samsung ini hadir selari pelancaran Galaxy Z Flip5 dan Galaxy Z Fold5 baharu.
- Sumber
- Bloomberg